Want your
own Fotopage?















 
Hasya Amirah & Hana Humaira & Muhammad Hadif Imran

By: Hasya Hana Hadif

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Aug-2008 00:56 Email | Share | | Bookmark
Posing lagi.....:)

Posing dulu kat rumah sebelum nak g tapak pesta konvo UTM....




Care to comment?


Wednesday, 13-Aug-2008 06:30 Email | Share | | Bookmark
Wanita Cantik yg suka Menangis...

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada
ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan
oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."


"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,
supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata Selami lah hati wanita mu..dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik



best citer nie... Tue 19-Aug-2008 05:29
Posted by:~~ciklinn~~  - [Link]
Add comment


Saturday, 9-Aug-2008 02:07 Email | Share | | Bookmark
candid....

Ada gak gambar candid mama, hasya, adik ngan uncle.... masa kenduri kahwin kat rumah nenek Suha....baru perasan..dah besar gak perut mama kan....


uish rugila kalo bersalin time ry..
tengokk je org mkn hihi
Mon 11-Aug-2008 16:31
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
Dina, bila leh datang JB lagik ni... Wed 10-Sep-2008 14:59
Posted by:nowwa nowwa78@gmail.com  - [Link]
nora- you're welcome anytime.... Sat 13-Sep-2008 04:04
Posted by:mama hasya & humaira  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 6-Aug-2008 02:56 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan cari Makan ...

Last weekend jln-jln cari makan kat kluang..makan steamboat...punyalah jauh nak g mkn steamboat...tempat nie special sikit sbb sayur-sayuran nya semua organik yang ditanam bersebelahan ngan restoran tu...Restoran nie pun under Kementerian Pertanian....oklah not bad.. .walaupun sakit pinggang mama nak sampai sana...nampaknya dah takleh nak jln jauh lagi dah....mengah....



2 giRls...


Jauh jugak sampai ke Kluang tue...
elok2 sampai rumah boleh lapar balik
Tue 12-Aug-2008 17:03
Posted by:gee ~ mama @nis  - [Link]
Add comment


Wednesday, 6-Aug-2008 02:02 Email | Share | | Bookmark
MENTOR JUTAWAN ANDA

TIP PILIHAN: MENTOR JUTAWAN ANDA!
=================================

Dina, sejak tahun lepas, saya telah diberi peluang untuk
mengemudikan rancangan bicarawara radio saya sendiri; "Jutawan!
bersama Irfan Khairi" di Radio 24, Bernama.

Di dalam artikel ini, adalah kumpulan 8 nasihat terpilih yang
memaparkan ikon-ikon jutawan berkongsikan kisah, strategi dan tips
bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.

Mentor Jutawan #1: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)
*Mengenai rahsia kejayaan perniagaan!

Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau
bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana
pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini.
Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita
jadi yang pioneer.

Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain
perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang
orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat
daripada kita.

Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
*Cara yang lebih bijak menjadi jutawan

Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah
dengan adanya 'multiple streams of income'. Ini bermakna wang kita
yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran
pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang
saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat
royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat
hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen
daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini
iaitu 'Multiple sources of Income'. Dan untuk mendapatkan multiple
inilah di mana kita perlu buat 'after burner income' di mana kerja
itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

Mentor Jutawan #3: Dato Dr Azman Ching (Jutawan Jualan Langsung)
*Mengenai matlamat

Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan
akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal
dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau
diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah
apakah matlamat yang kita capai.

Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam
ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita
tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang
angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak
apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai
manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya
dalam kehidupannya.

Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan
sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
*Mengenai perlunya idola/mentor

Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab,
bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya
lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa
dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang
positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi
usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini
kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan
sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata
'dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah', tapi kalau kita
jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang
memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya 'aku
berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'. Dia
akan tanya 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima
ratus, sekarang cuma empat ratus'. 'Empat ratus bagus lagi, aku
dulu pernah lima puluh saja'.

Mentor Jutawan #5: Billi Lim (Jutawan berani gagal)
*Mengenai kegagalan

Pada saya 'When you lose, don't lose the lesson'. Maksudnya bila
anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat
adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa
sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas
anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates 'What type of
people you would like to employ?. Bill Gates jawab 'I would employ
a person, who have failed before, the reason I want to employ is
because I don't want him to fail in my company, so he must fail in
other people's first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua,
kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada
pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik
kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang
itu takut gagal!

Mentor Jutawan #6: Abang Abu (motivator)
*Mengenai strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D

A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak
sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat
sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya
mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai
mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti
percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang
mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali.
Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal.
Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu
gagal atau tidak menjadi Keberanian menerima kegagalan sendiri dan
berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu,
kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti
sehingga kita mencapai apa yang kita nak.

Mentor Jutawan #7: Dato' Hussamuddin (Pengasas Kumupan Karangkraf!)
*Mengenai mengendalikan kakitangan

Di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa
susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan
yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh
berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi
peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka
berkembang. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah
mereka sendiri.

Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya
delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang.
Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi
memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak
tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

Mentor Jutawan #8: IK- Saya sendiri!
*Mengenai pengorbanan dalam menuntut ilmu

Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman
kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas
ataupun kuliah di universiti, saya akan bekerja sebagai tukang cuci
pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan
ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung
minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi
diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat
mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat
untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang
ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan Internet. Di situ rezeki mula
berpihak kepada saya.

http://www.irfankhairi.com


Care to comment?


Wednesday, 30-Jul-2008 06:19 Email | Share | | Bookmark
ZIKIR SEMASA HAMIL

ZIKIR SEMASA HAMIL
Sumber: Zaafarani Zahirul Haq

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buat ikhwah sekalian...

Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul "Wirid Ibu Hamil" karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.

Bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1. Membaca Surah Al-'A'raaf : Ayat 54 - 56
Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu 'Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum...dan seterusnya


Al-A'raaf : 54 - 56

serta memohonkan perlindungan kepada Allah dengan mua'wwidzatain iaitu,


Surah Al-Falaq


dan Surah An-Naas.

Riwayat ini dibawakan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitab Zawaa'id Al-Musnad dengan sanad hasan dari Ubay bin Ka'ab bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam membacakannya pada seseorang yang terkena penyakit gila ( kesurupan ).


2. Membaca Surah Al-Ahqaf : 35, An-Nazi'at : 46, Yusuf : 111
Imam Ibnul Qoyyim Raahimahullah dalam kitab Zaad Al-Ma'ad (IV/357) dan Ath-Thibb An-Nabawi ( h. 530 ) menyebutkan bahawa Ibnu Abbas Raadhiyallahu 'Anhu berkata, "Jika seorang wanita mengalami kesukaran melahirkan, handaknya ia mengambil sebuah wadah yang bersih lalu dituliskan ayat berikut ini ( untuk dimasukkan kedalamnya. )

Ayat tersebut adalah :


Q.S Surah Al-Ahqaaf : 35


Q.S An-Naazi'aat : 46,



Q.S Yusuf : 111.

Kemudian, air tersebut dibasuhkan dan diminumkan serta disapukan pada bahagian perutnya.

Disebutkan juga dalam kitab Al-Manhal Ar-Rawiyy karangan Ibnu Thulun ( h. 352 ) dan Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/170 ). Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam Ad-Da'awat dari Ibnu Abbas secara mauquf. Abu Bakr al-Mawarzi mengatakan," Pernah ada seseorang yang datang menemui abu 'Abdillah lalu ia berkata," Wahai Abu Abdillah, apakah engkau berkenan menuliskan ayat untuk seorang wanita yang mengalami kesukaran melahirkan anaknya sejak dua hari lalu?" Ia kemudian berkata, "Katakan kepadanya agar menyiapkan wadah yang lebar dan za'faran. Saya melihatnya perlu melakukan hal itu tidak hanya sekali."
Lihat Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/358 ).

Sementara itu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al-Fatawa ( XIX/64 ) mengatakan, "Orang yang terkena suatu penyakit boleh dituliskan untuknya ayat-ayat dari kitab Allah dan dimasukkan ke dalam bejana yang berisi air kemudian diminumkan kepada pesakit. Demikian seperti ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ulama lainnya,"

Dan banyak lagi doa lainnya yang boleh dibaca. Semuga yang sedikit ini bermanfaat.

Juga boleh membaca buku "Menanti buah hati + Hadiah untuk Yang Dinanti, Darul Qalam, Jakarta oleh al-Ustadz Abdul Hakim dimana dijelaskan bagaimana kewajiban orang tua terhadap anaknya ketika menyambut si buah hati lahir hingga mendidiknya disertai dalil-dalil yang InsyaAllah dapat dipertanggungjawabkan, misalnya bagamaina hukum mengadzankan ketelinga si anak ketika lahir yang banyak diyakini para orang tua sebagai perkara wajib dilakukan, masalah aqiqah, memberi nama, dan Bid'ah-bid'ah yang dianggap baik yang berhubungan dengan judul diatas.

thanks for sharing
mintak izin nak copy yer..buat simpanan
bila due??
Mon 4-Aug-2008 18:18
Posted by:gee ~ mama @nis  - [Link]
thanks for this.... apa kabar ? sihat ke, anak2 ok ? Tue 5-Aug-2008 15:31
Posted by:Niza et Sofia a Londres  - [Link]
re:ok..no problem....
alhamdulillah...sihat.anak2 pun ok...
Wed 6-Aug-2008 00:54
Posted by:mama hasya & humaira  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 27-Jul-2008 11:17 Email | Share | | Bookmark
2 beradik...

Ni gambar terbaru ( taklah baru sgt sebenarnya ).semenjak dua menjak nie mama dah malas sikit nak amik gambar mereka berdua nie...
lagipun xde event yg menarik...nantilah kita tunggu kelahiran org baru...mesti bersemangat sikit 2 bradik ni nak posing kan....


waa lawa la baju hana tu..
mcm princess lak
Mon 28-Jul-2008 06:25
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
Add comment


Sunday, 6-Jul-2008 04:11 Email | Share | | Bookmark
HAPPY 5TH BIRTHDAY HASYA...

Happy birthday to you...Hasya...pejam celik pejam celik dah 5 tahun dah....dah besar dah...semoga menjadi anak yang solehah..dan berjaya di dunia & akhirat. InsyaAllah...
So untuk celebrate besday hasya nie....jemputlah tok mi, tok ma, auntie su, mak long ( family jer ).Mama masak soto, buat puding, kek coklat, popia....cuma beli kek besday jer..yang lain semuanya wat sendiri....Tok ma pun wat kuih talam berlauk....yummy..yummy...
Terima kasih untuk semua & hadiah2....
Berebutlah ngan adik - hadiah tu semua....lain kali kena bg 2 hadiah..satu untuk hasya ..satu untuk adik..baru x berebut kan......
oklah enjoy the pics....



si kecil...


makanan...


hadiah..


seriusnya uncle su..suruh bgtau bos nak mintak naik gaji ker???

Happy 5th birthday hasya! auntie doakan all the best 4 u! byknye hadiah...mknn pon sedap2 tuhh, larat lg mama masak ye! cayalah..nway, apa saja utk anak kn...take care! Sun 13-Jul-2008 06:12
Posted by:~Ummi_Zahin  - [Link]
happy belated bufday hasya...moga jadi anak solehah dan kakak yang baik
tak lama lagi nak kene jaga mama jaga baby plak
Tue 15-Jul-2008 21:39
Posted by:gee  - [Link]
comel2 your daughters.. kiut..
tumpang promosi kuih raya
http://kuihrayajb.blogspot.com/
Wed 23-Jul-2008 05:33
Posted by:kuih raya at your JB doorstep  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 10-Jun-2008 01:17 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY MAMA...

Thank you to papa...ingatkan takde kek tahun nie...ada jugak rupanya....cake aiskrim lagi
Thank you for all the wishes...luv u all....


mama hasya.. nnt email kite d details nk order apa k..
jgn lambat2 eh.. (n_n)v
Tue 24-Jun-2008 10:58
Posted by:ayumi/amoi  - [Link]
Happy birthday to u...
Sedapnye nmpk kek ais krim tuh!
Wed 25-Jun-2008 17:50
Posted by:~Ummi_Zahin~  - [Link]
Happy Belated Birthday!!!!
Hopefully not too late even already July'08.
Wishing the best year of all and May in Allah's bleassing all the way!
Sat 5-Jul-2008 10:40
Posted by:Mama Afiq & Fatin andriana_azri@yahoo.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 9-Jun-2008 03:09 Email | Share | | Bookmark
Cameron Highlands - Here we come

Date : 31/5 /2008 - 2/6/2008
Venue : Century Pines Resort, Cameron HIghlands
Event : Family Day 08 - Wish Club Malaysia (WCM)



Horrey...cuti sekolah kali ini Hasya & family pergi bercuti kat CH...ikut ngan WCM...dari JB cuma 4 buah kereta jer....bertolak seawal 5.00 pg dr rumah....sedar2 dah ada dlm kereta ..tak sempat mandi pun... sebab nak kena berkumpul kat perhentian elmina jam 10 pg....kat sana ada lagi 45 kete lagi....sampai sana dalam 9.45pg..sempatlah mandi jap..then sesi penerangan...terus bertolak ke CH.....jauhnya.berapa kali tidur & bangun. pun x sampai2 lagi... .....3.00 pm baru sampai:-S

Day 1

Nie ..tgh kelaparan..dengan muka yang keletihan baru dapat lunch


Mlm - Dinner + Lucky draw - papa dah gak hadiah



Day 2

Pagi2 after breakfast ada telematch kat padang sekolah yg berdekatan ngan hotel...best gak walaupun cuaca panas..tapi sejuk berangin....Hasya & papa masuk gak telematch,...mama jer kena jaga adik...yg berlari2 kat padang tu..... Jom tengok gambar hasya & adik k...




amik gambar beramai-ramai sebelum start telematch...gambar ni belum abis susun lagi ramai sangat kaum bapa-bapa dulu....



nielah acara telematch yang hasya & papa sertai...
hasya...


alamak...kantoi...gambar nie amik kat website wishclub......sempat gak diaorg snap.....
hasya nangis sebb terjatuh...kawan hasya tu lari laju sgt.....


papa


abis jer telematch...rehat kat hotel...penat bangat...humaira pun dah mengamuk kepenatan...nak tido so mama , hasya & adik pun balik hotel dululah...
petang tu g pasar malam...macam2 ada jual sempatlah hasya & adik beli payung strawberry, beg strawberry, selipar strawberry, semuanya yg berkaitan ngan strawberrylah...dan x lupa gak souvenir utk org jb...tp tak sempai nak amik gambar sbb hujanlah...
pas g pasar malam g Cameron valley Tea House..kali nie boleh posing sbb hujan dah berhenti....
Ok enjoy the pics....




aksi2 adik sementara tunggu papa order air tea



Balik jer dr Bharat Tea Plantation..siap2 untuk dinner pas tu ada penyampaian hadiah utk telematch pagi tadi & ada acara tukar2 hadiah bagi setiap family yang ada....

Dinner...


Saat yang dinanti2 kan ...majlis penyampaian hadiah kat lobby hotel ...
Kumpulan hasya dapat no 4....drpd 4 kumpulan...oklah tu dapat gak hadiah kan....



Tahniah ...kumpulan papa....Champion of the year....



Lepas tu acara tukar-tukar hadiah pulak...setiap family kena bawa hadiah sorang satu & harganya tak boleh kurang dr RM50...adillah tu kan...tp hasya tak sempat tunggu...sbb dah mengantuk....papa jelah yg tunggu....dapatlah perfume bvlgari for women...yg nie utk mamalah nampaknya....

Day 3 - last day

Last but not least...on the way nak balik after breakfast..singgah kat Kasimanis strawberry park, Cactus Valley...adalah beli buah strawberry & pokok cactus sikit..tak byk amik gambar sebab hujan lagi....


Ini jelah cerita percutian hasya utk kali ini.....
InsyaAllah lepas nie pegi bercuti lagi....tapi kena tunggu mama lepas bersalin lah nampaknya....










sejuk lagi tak kat sana? Thu 12-Jun-2008 13:43
Posted by:fizan yusop  - [Link]
lama x jenguk fp sini...bestnya family day, nampak meriah je smua... hasya n humaira pun nampak enjoy je...esp bila posing pakai payung tu..cute Thu 12-Jun-2008 18:48
Posted by:azian  - [Link]
Macam kenal ke baju hasya tu? Tue 17-Jun-2008 06:31
Posted by:nowwa nowwa78@gmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.